Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

Lelaki ditemui mati terlungkup tepi sungai


NURUL ZAILA MOHD TAHIR
4 SEPTEMBER 2016

Lelaki ditemui mati terlungkup tepi sungai


Lelaki ditemui mati terlungkup tepi sungai
DUNGUN - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan terlingkup di atas batu, di tebing sungai, Sungai Buaya, di sini, pagi tadi.

Roslan Jusoh, 55 ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang penduduk kira-kira jam 9.45 pagi.

Salah seorang kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya yang tinggal berhampiran rumah di Jalan Teratai dipercayai keluar  pada waktu subuh dan tiada siapa tahu lelaki bujang itu pergi ke mana.

Menurutnya, dia amat terkejut apabila dimaklumkan oleh salah seorang sepupu mengatakan adiknya ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan terlungkup di atas batu di tebing sungai.

"Lebih kurang jam 10.00 pagi sepupu datang ke rumah beritahu Roslan ditemui di tepi sungai.

"Ketika itu tiada siapa di rumah dan saya suruh seorang rakan kepada adik saya yang bekerja di bengkel besi bersama-samanya ke tempat kejadian,"katanya.

Abang mangsa, Shapii Jusoh, 65 berkata, tiada sebarang perubahan berlaku kepada anak ke lapan dari sembilan beradik itu tetapi dua sejak dua minggu lalu dia diserang demam kuat.

"Arwah demam panas yang agak teruk dua minggu lalu dan beberapa hari lalu mengalami sakit pinggang sehingga sukar untuk bangun.

"Pagi tadi mungkin arwah sudah makin sihat dan keluar rumah bersendirian menunggang basikal.

"Arwah seorang yang pendiam tetapi ringan tulang dan mudah membantu adik beradik lain

"Memang tidak sangka arwah akan pergi dengan cara seperti itu  dan walaupun sedih kami reda menerima ketentuan Allah ," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment