Search This Blog

Tuesday, September 6, 2016

Lelaki disyaki rogol rakan




Izlaily Nurul Ain Hussein\
izlaily@hmetro.com.my


Iskandar Puteri: Lelaki ditahan polis malam tadi, selepas disyaki merogol rakannya di hotel bajet di Taman Tan Sri Yaacob, Skudai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, suspek berusia 29 tahun membawa wanita yang juga pembantu klinik di Singapura ke hotel berkenaan selepas selesai menghadiri perjumpaan bersama rakan senegeri di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mangsa berusia 26 tahun itu kemudian keluar dari bilik hotel berkenaan sebelum memujuk suspek menghantarnya pulang ke rumah.

"Suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah mangsa di sebelum mangsa membuat laporan polis kira-kira 9 malam.

"Hasil maklumat yang diperolehi, polis kemudian menahan suspek di rumahnya kira-kira 11 malam," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang besi di Taman Melawati, Skudai dan berasal dari Sarawak itu ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 1:43 PM

No comments:

Post a Comment