Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Lelaki didakwa bunuh, kelar keluarga angkat

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 2:18 PM

 Oleh Fairuz Zaidan fairuzaidan@bh.com.my

Tertuduh seorang lelaki berpakaian lokap warna oren dibawah ke Kompleks Mahkamah Melaka atas pertuduhan bunuh tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim. - Foto NSTP/Rasul Azli Samad

AYER KEROH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga tuduhan membunuh dan dua cubaan membunuh lima keluarga angkatnya di Kampung Bertam Malim, minggu lalu.

Luqman Hadi Mustapa, 28, yang memakai baju lokap berwarna oren mengaku faham terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa dengan niat membunuh Mariah Baharin, 61, Hassan A Wahab, 72, dan Muhammad Taufeq, 22.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

 Pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan dengan niat membunuh ke atas Nuraqedah Aeina, 24, dan Noor Hazlinda Diyana, 27.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam sebuah rumah di Kampung Bertam Malim, antara jam 5.50 pagi hingga 6.15 pagi, pada 25 Ogos lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Chee Thim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190564

No comments:

Post a Comment