Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 28, 2016

Lagi keganasan polis Amerika





Agensi
Houston, Amerika Syarikat: Imej polis Amerika Syarikat yang tercemar dengan banyak isu keganasan, termasuk menembak mati penduduk kulit hitam, semakin terjejas berikutan kejadian seorang anggota polis membelasah lelaki gelandangan dengan cota di sebuah stesen kereta api di sini, pertengahan bulan ini.

Berikutan skandal itu, anggota polis terbabit, Jairus Warren meletak jawatan Isnin lalu.

Menurut laporan KTRK-TV, rakaman video kejadian itu yang disiarkan pihak berkuasa menunjukkan dua anggota polis, Warren dan Daniel Reynoso, menghampiri lelaki itu dikenali sebagai Darrell Giles, yang sedang tidur di atas bangku pada awal pagi, 14 September lalu.

Selepas perbualan singkat, Warren dilihat membelah mangsa dengan cotanya sekurang-kurangnya 12 kali menyebabkan lelaki itu jatuh ke lantai sebelum dia digari.

Lelaki itu ditahan kerana melawan ketika ditahan namun tuduhan itu kemudian digugurkan dan dia dibebaskan.

Selepas kejadian itu, Jabatan Polis Metro Houston menggantung kerja Warren dan Reynoso sebelum Warren kemudiannya meletak jawatan. Reynoso kekal berkerja kerana didapati tidak terbabit memukul mangsa.

Polis Houston mengakui kesalahan Warren menggunakan kekasaran yang tidak sepatutnya terhadap Giles.

Ketua Polis Metro Houston, Vera Bumpers, berkata kejadian itu adalah kali kedua polis berurusan dengan Gilles.

Menurutnya, lelaki itu diarah meninggalkan platform oleh pekerja stesen serta anggota polis sebelum itu, namun Giles enggan.

Dalam temuramah dengan KTRK, Giles berkata: “Saya menyangka dia mengeluarkan pistol.

“Dia memukul dengan kuat hingga saya terjatuh ke lantai.”
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 7:32 PM

Jairus Warren (tengah) meletak jawatan dan rakannya Daniel Reynoso (kanan) serta mangsa, Darrell Giles (kiri). Foto KTRK-TV

Petikan rakaman video anggota polis Houston membelasah lelaki gelandangan yang sedang tidur hanya kerana dia enggan meninggalkan stesen kereta api. - Foto KTRK-TV
prevnext


No comments:

Post a Comment