Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Lagak selamba transporter bawa rokok seludup gagal


MUHAMAD AIMY AHMAD  |  09 September 2016 10:30 PM
seludup

Sebanyak 1,930 karton rokok keretek seludup pelbagai jenama yang berjaya dirampas dalam satu sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Sri Gading, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor, di sini awal hari ini. - UTUSAN
BATU PAHAT 9 Sept. - Cubaan seorang lelaki yang 'berkhidmat' sebagai `penghantar' dengan membawa kira-kira 1,930 karton rokok seludup membawa padah apabila dia dicekup polis, awal pagi tadi.
Ketika melalui sekatan jalan raya di depan Balai Polis Sri Gading, Jalan Kluang, di sini pada pukul 1.45 pagi, polis mengarahkannya berhenti selepas mendapati kereta jenis Naza Ria yang dipandunya mencurigakan.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pemeriksaan lanjut di bahagian belakang kereta tersebut kemudiannya menemukan sebanyak 30 guni yang berisi pelbagai jenis rokok keretek disyaki seludup.
Menurutnya, kesemua rokok tersebut dianggarkan bernilai sehingga RM100,000 dalam pasaran gelap.
“Penglibatan suspek adalah sebagai `penghantar’ dan dia mengaku rokok tersebut adalah rokok seludup yang diambil dari Simpang Renggam untuk di hantar ke Melaka,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini hari ini.
Ujar Abdul Wahib, lelaki itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Selain 1,580 karton rokok Gudang Garam, rokok lain yang dirampas dalam sekatan tersebut ialah 120 karton rokok Absolute, 180 karton Supernova dan 50 karton George Karelias And Sons. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lagak-selamba-transporter-bawa-rokok-seludup-gagal-1.380793#sthash.BmpcVDBU.dpuf

No comments:

Post a Comment