Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Kilang perabot hangus



FOTO ihsan bomba

Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


Sungai Buloh: Sebuah kilang perabot di Jalan Industri, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, musnah dalam kebakaran jam 2.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohamed Sabri A Shamsudeen berkata, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian tengah kilang.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.34 pagi sebelum 22 anggota bergegas ke lokasi bagi operasi pemadaman.

"Bantuan turut diterima dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dan BBP Kota Anggerik sebelum api berjaya dikawal jam 3.35 pagi.

"Berlaku kesukaran ketika operasi pemadaman berikutan masalah air yang ketara di kawasan berkenaan selain saluran paip kecil," katanya.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM300,000, manakala punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 10:59 AM

No comments:

Post a Comment