Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Ketum dalam bekas aiskrim





10/09/2016 3:52pm

Oleh ATIKAH DALI

Daun ketum kisar dirampas dari rumah suspek

ALOR GAJAH - Seorang buruh yang pernah ditahan polis atas kesalahan menjual air ketum pada 2013 diberkas sekali lagi selepas disyaki terlibat dalam kegiatan sama di Durian Tunggal di sini semalam.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam Op Tapis pada pukul 1 pagi selepas polis menyerbu sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya yang melakukan pemeriksaan menjumpai sebanyak 13 botol minuman ringan berisi cecair disyaki air ketum disimpan di dalam peti sejuk dan dapur rumah berkenaan.

"Turut dijumpai bekas aiskrim mengandungi serbuk berwarna hijau disyaki daun ketum yang telah dikisar di dalam peti sejuk berasingan," katanya kepada Kosmo!.

Suspek yang bebas sebarang pengambilan bahan terlarang itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz4JqB93ykB
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment