Search This Blog

Loading...

Thursday, September 1, 2016

Kesan dera pada mayat Nurdzirah


ROSALINDA MD. SAID  |  01 September 2016 12:08 AM




KUALA TERENGGANU 31 Ogos – Laporan bedah siasat ke atas mayat Nudzirah Nur Safiah Sa­baruddin, berumur dua tahun, yang dipercayai didera oleh ahli keluarga sendiri di Paka, Dungun mendapati kesan koyak di sebelah kiri kepala hingga menampakkan tulang tengkorak di sam­ping kesan sama di kedua-dua telinga dan bibirnya.
Lebih menyedihkan apa­bila kesan luka terbakar tahap tiga, turut ditemukan pada kaki kiri kanak-kanak malang itu hingga menyebabkan otot-ototnya terdedah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, terdapat pelbagai luka baharu dan lama pada seluruh badan mangsa serta lebam termasuk di baha­gian muka, kepala dan kaki, selain mempunyai parut lama di seluruh badan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati punca kematian mangsa disebabkan jangkitan kuman berikutan kecederaan berganda pada badan dan wujudnya pengabaian oleh penjaga.
“Kesemua kecederaan pada badan mangsa itu tidak boleh menyebabkan kematian menurut pakar di hospital tetapi oleh kerana tidak dirawat dan kuman telah merebak di seluruh badan, maka ia telah menyebabkan kematian mangsa,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.
Wan Abdul Aziz berkata, siasatan masih diteruskan dan tertumpu kepada punca pelbagai kece­deraan dialami mangsa antaranya bagaimana wujud sebegitu ba­nyak kesan luka dan lebam serta kenapa mangsa tidak dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan ke atas kecede­raan yang dihida­pinya.
Dalam kejadian kelmarin, Nudzirah Nur Safiah yang dipercayai didera oleh kakak dan abang iparnya telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka pukul 3.45 petang oleh kedua-dua penja­ganya itu, namun disahkan telah meninggal dunia beberapa jam sebelum itu.
Dia dikatakan ditinggalkan oleh ibu bapanya di bawah ja­gaan pasangan tersebut yang masing-masing berusia 21 tahun selepas Aidilfitri lalu kerana mereka be­kerja di Kuala Lumpur.
Berikutan keseluruhan badannya mempunyai banyak kesan parut serta luka lama, maka satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai perubatan dan susulan kejadian itu, kakak dan abang ipar mangsa yang tinggal di Tebing Tembah Paka telah ditahan di hadapan bilik unit forensik Hospital Dungun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kesan-dera-pada-mayat-nurdzirah-1.377082#sthash.vaPLYxPg.dpuf

No comments:

Post a Comment