Search This Blog

Tuesday, September 6, 2016

Kereta terbakar




ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta. FOTO ihsan Bomba

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Kereta terbakar di enjin di hadapan stesen minyak di Pantai Dalam, di sini, kira-kira 11 pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.20 pagi.

"Kami mengarahkan enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta itu sudah terbakar 60 peratus sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya," katanya.

Katanya, berdasarkan keterangan saksi, kereta itu didapati terbakar ketika sedang bergerak.

"Punca sebenar kebakaran itu masih disiasat dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 1:38 PM

No comments:

Post a Comment