Search This Blog

Loading...

Thursday, September 8, 2016

Jurukamera Hungary didakwa tendang pendatang

DUNIA KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 11:00 AM

GAMBAR fail, Petra Laszlo (baju biru) yang menendang pendatang yg seang menyelamatkan diri. - Foto AP

 BUDAPEST: Jurugambar wanita yang dirakam menendang dan cuba menjatuhkan pendatang berhampiran sempadan dengan Serbia pada September 2015 didakwa kerana melanggar prinsip keamanan, kata pendakwa Hungary.

 Petra Laszlo, yang kemudian meminta maaf di atas tindakannya ketika cuba mewajarkan ia, dipecat oleh saluran televisyen berhaluan kanan, N1TV, selepas rakaman tindakannya menjadi viral di media sosial.

Laszlo berkata, beliau panik ketika itu apabila pelarian dan pendatang merempuh barisan polis berhampiran kedudukannya dan berasa diserang.

Beliau menendang seorang budak lelaki dan perempuan dan kemudian cuba menjatuhkan lelaki yang mendukung seorang budak lelaki. Laszlo kemudian memberitahu akhbar Russia, Izvestia, kehidupannya 'musnah' akibat kejadian itu yang berlaku pada 8 September 2015, dan mahu berpindah ke Russia.

Ketua pendakwa raya Mukim Csongrad, Zsolt Kopasz, berkata dalam kenyataan selepas siasatan menyeluruh, ia mendapati tiada 'kewajaran' bagi tindakan Laszlo untuk 'menyebabkan kecederaan.' "Tiada data menunjukkan tindakan tertuduh didorong daripada pertimbangan etnik atau oleh status pendatang mangsa," katanya.

 Laszlo akan dibicarakan di bandar raya Szeged. Lelaki yang cuba dijatuhkan Laszlo, dan jatuh ketika cuba menjauhi polis di sempadan, kemudian dikenal pasti sebagai Osama Abdul Mohsen, jurulatih bola sepak dari Syria.

Beliau dan sebahagian anggota keluarganya kini menetap di Sepanyol dan bekerja untuk kelab bola sepak negara itu. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190830

No comments:

Post a Comment