Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Jumpa terperosok




SAAT pendatang berkenaan ditemui bersembunyi di dalam ruang di bawah kenderaan berkenaan.

Agensi
Madrid: Polis Sepanyol membebaskan empat pendatang Afrika yang ditemui berhimpit di dalam ruang tersembunyi sebuah van mini tanpa sebarang pengudaraan di sempadan untuk ke negara itu.

Pendatang terbabit, seorang wanita dari Congo dan tiga lelaki Guinea ditemui Ahad lalu apabila polis di sempadan antara Maghribi dan wilayah Sepanyol, Melilla berasa curiga lalu memeriksa kenderaan itu.

Mereka disumbat di dalam bekas kedap udara yang terletak di bawah tempat duduk hadapan van mini itu, kata polis dalam satu kenyataan.

Wanita itu mula menjerit dalam bahasa Perancis: “Tolong, tolong, keluarkan saya. Saya takut. Kaki saya kebas dan bengkak!”

Anggota bomba terpaksa menggunakan gergaji elektrik dan alatan lain untuk membebaskan mereka yang berada dalam keadaan kesihatan teruk dan memerlukan rawatan perubatan.

Menurut polis, keempat-empat pendatang berusia antara 21 dan 27 itu kini sihat.

Pemandu kenderaan terbabit dan satu-satunya penumpang, seorang lelaki Maghribi ditahan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:40 AM

No comments:

Post a Comment