Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Jumpa rangka manusia




Anggota polis membawa rangka yang ditemui di Pantai Pasir Tengara, Pulau Tenggol, pagi tadi. FOTO Rosli Ilham

Rosli Ilham




am@hmetro.com.my



Dungun: Pemandu bot pelancong terkejut apabila menemui rangka manusia ketika berehat di Pantai Pasir Tengara, Pulau Tenggol pagi tadi.

Rangka itu ditemui Rosamnuar Ali, 37, ketika dia bersama tiga penyelam berhenti rehat di kawasan berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Difahamkan, ketika berehat, lelaki terbabit terhidu bau busuk dari tong ikan sebelum membuat pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, Rosamnuar terkejut apabila menemui tengkorak dan tulang badan manusia yang dibalut dengan plastik sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk tindakan lanjut.

Susulan laporan diterima, polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan tiba di Jeti Kuala Dungun, kira-kira jam 3 petang bersama rangka berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Rangka itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pihak polis,"€katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 5:22 PM

No comments:

Post a Comment