Search This Blog

Loading...

Thursday, September 8, 2016

Jet pejuang Russia terbang rapat dengan pesawat AS

DUNIA KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 8:14 AM

 JET pejuang Russia. - Foto AFP


 WASHINGTON: Jet pejuang Russia terbang dalam lingkungan 3.04 meter dari pesawat pemantau Tentera Laut Amerika Syarikat, dalam apa yang disifatkan pegawai Amerika sebagai pintasan tidak selamat di Laut Hitam, kata Pentagon.

Jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis, berkata jet SU-27 Flanker melakukan aksi tidak selamat itu pada Rabu berhampiran pesawat P-8A Poseidon milik Tentera Laut Amerika yang sedang melakukan operasi rutin di ruang angkasa antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov, pula berkata pesawat itu Poseidon tidak menghidupkan alat penerima isyarat radio dan ia mendekati sempadan selatan Russia sebanyak dua kali.

Katanya, jet Russia dikerah memintas pesawat Amerika dan 'juruterbang Russia bertindak selaras dengan peraturan penerbangan antarabangsa.

' Jurucakap bagi Pemerintah Amerika Eropah, Kapten Danny Hernandez, berkata Poseidon menghidupkan alat penerima isyarat radio itu sepanjang penerbangan, mengikut undang-undang antarabangsa bagi keselamatan penerbangan.

Menurut Amerika, jet Russia melakukan empat pintasan terhadap pesawat mereka pada hari terakhir, dan satu yang dianggap tidak selamat berlanjutan selama 19 minit. Davis berkata, pesawat dan kapal tentera laut Amerika kerap berinteraksi dengan unit Russia di kawasan itu dan kebanyakan komunikasi adalah selamat dan profesional. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190787

No comments:

Post a Comment