Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Jerebu: Syarikat nafi culik pegawai kementerian


07 September 2016 12:49 AM
Anggota bomba berhempas pulas memadamkan kebakaran hutan tidak

Anggota bomba berhempas pulas memadamkan kebakaran hutan tidak terkawal yang menyebabkan jerebu di negara itu, Singapura dan Malaysia, baru-baru ini. Agensi
JAKARTA 6 Sept. – Sebuah syarikat perladangan kelapa sawit, PT Andika Permata Sawit Les­tari (APSL) di Riau menafikan dakwaan Kementerian Perhutanan dan Alam Sekitar berhubung kejadian penculikan pegawai kementerian berkenaan dan menuduh petani tempatan melakukan perbuatan itu kerana ‘marah’ dengan pihak berkuasa.
Jurucakap APSL, Novalina Sirait berkata, syarikatnya te­lah dijadikan ‘kambing hitam’ akibat tindakan petani itu yang merupakan rakan perniagaan mereka.
Beliau menyifatkan syarikat itu sebagai ‘bapa tiri’ kepada petani-petani berkenaan.
“Syarikat kami sering disebut-sebut setiap kali berlaku kejadian di tanah kepunyaan petani. Kami tidak memberi kemudahan kepada mereka. Bukan hak kami untuk mencabar pihak kementerian,’’ katanya semalam.
Menurut laporan portal Jakarta Post, Novalina berkata, petani telah memaklumkan kepada pihak media bahawa kes itu bukanlah insiden penculikan tetapi tindakan spontan kerana mereka merasakan tidak dihormati.
“Penyiasat dari kementerian terbabit memasuki tanah adat. Mereka sepatutnya mendapatkan kebenaran jika mahu memasuki kawasan peribadi,’’ katanya.
Novalina turut menafikan tuduhan bahawa petani tempatan itu merupakan kumpulan yang dibayar oleh pihak luar untuk mengawal kawasan ber­kenaan dan menyamar sebagai petani tempatan.
“Mereka memang benar-benar orang tempatan yang mempunyai hak pada tanah masing-masing iaitu kaum Melayu, Bonai dan Domo,’’ katanya.
Kontroversi tersebut tercetus awal minggu lalu apabila kementerian berkenaan menghantar sekumpulan pegawai untuk menyiasat laporan pembakaran sengaja di hutan Rokan Hulu.
Bukti awal mendapati syarikat terbabit telah mengambil alih tanah itu secara haram dan merancang untuk menggunakannya bagi meluaskan penanaman kelapa sawit.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jerebu-syarikat-nafi-culik-pegawai-kementerian-1.379465#sthash.ILNsRjZ6.dpuf

No comments:

Post a Comment