Search This Blog

Loading...

Tuesday, September 6, 2016

Indonesia bongkar kegiatan seks dalam talian


06 September 2016 12:29 AM
jenayah

jenayah
JAKARTA 5 Sept. - Polis Indonesia berjaya membongkar kegiatan pelacuran secara dalam talian dengan penangkapan hampir 150 lelaki dewasa dan kanak-kanak yang menawarkan perkhidmatan seksual.
Setakat ini masih belum ada sebarang statistik kukuh berkaitan jenayah seks di Indonesia namun kerajaan menegaskan mereka berhadapan dengan penderaan seks kanak-kanak.
Presiden Joko Widodo sebelum ini telah menandatangani peraturan baharu yang membenarkan hukuman lebih keras dikenakan kepada pesalah kanak-kanak dan perogol seperti pengasian dan hukuman mati.
Ketua polis penyiasatan jenayah, Agung Setya berkata, antara mereka yang dikenal pasti, rata-ratanya adalah mereka yang berada di bawah umur dan paling muda ialah berusia 13 tahun.
“Kami telah mengenalpasti 148 mangsa, dan 45 daripadanya adalah kanak-kanak lelaki,” katanya kepada portal Kompas.com.
Tambah Agung, sekurang-kurangnya tujuh orang mangsa telah dibawa untuk menghadiri kaunseling dan menjalani pemulihan.
Tiga lelaki ditangkap minggu lalu kerana didapati mempunyai kaitan dengan kes berkenaan, termasuklah seorang bapa ayam dan pelanggan dipercayai warga asing.
Homoseksualiti dikatakan tidak diharamkan di Indonesia, kecuali beberapa wilayah konservatif seperti Aceh, tetapi hubungan seks antara orang dewasa serta kanak-kanak adalah salah. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/indonesia-bongkar-kegiatan-seks-dalam-talian-1.379165#sthash.VYAMMFFc.dpuf

No comments:

Post a Comment