Search This Blog

Thursday, September 1, 2016

Hantar ke masjid




ANGGOTA penguat kuasa JHEAINS memeriksa bilik hotel bajet di Port Dickson.

Khairul Najib Asarulah Khan
Port Dickson: Seramai 11 pasangan kekasih di daerah ini yang ditangkap kerana kesalahan berkhalwat menerima pengajaran bermakna apabila dihantar terus ke masjid dan diminta melakukan solat taubat, semalam.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Port Dickson Md Isa Rosdi berkata, dalam Op Jalanan Dakwah Ambang Merdeka, semua pasangan terbabit dicekup di tepi pantai dan hotel bajet.

Katanya, pasangan itu ditahan antara jam 3 petang kelmarin hingga 3 pagi semalam kerana tinggal bersekedudukan, selain berkelakuan tidak senonoh.

“Soal siasat yang dilakukan ke atas semua mendapati mereka yang berusia 19 hingga 38 tahun mengaku melakukan hubungan seks tanpa ikatan pernikahan.

“Sehubungan itu, kami menggunakan pendekatan berbeza apabila membawa mereka ke Masjid Jamek Datuk Abdullah Sijang, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 8:27 AM

No comments:

Post a Comment