Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2016

Geng Gagak Rimba tumpas


08 September 2016 1:13 PM

ALOR SETAR 8 Sept. - Polis menumpaskan kumpulan dikenali sebagai Gagak Rimba yang aktif mencuri di kawasan rekreasi Taman Rimba di sini dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan, bulan lalu.
MOHD. ROZI JIDIN
MOHD. ROZI JIDIN

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd. Rozi Jidin berkata, kegiatan kumpulan itu dikesan sejak Januari lalu dan tangkapan pertama dibuat pada 1 Ogos lepas, melibatkan dua lelaki tempatan berusia 27 dan 21 tahun.
Menurutnya, hasil siasatan, polis menangkap tiga lagi lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an dipercayai ahli kumpulan terbabit dengan tangkapan terakhir pada 24 Ogos lalu.
"Kumpulan ini menyasarkan pengunjung yang meletakkan motosikal dan menyimpan barang-barang berharga di bawah tempat duduk untuk berjoging," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Antara barangan yang dirampas ialah telefon bimbit, tablet dan kad kredit yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM50,000.
Mohd. Rozi berkata, pihaknya masih mencari beberapa lagi barang kes yang masih berada di pasaran gelap dan pada masa sama sedang memburu dua individu lelaki berusia 20-an yang mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut.
"Kalau kita berjaya tangkap mereka, saya boleh katakan kesemua 136 kes yang dilaporkan dan tidak dilaporkan di Taman Rimba dapat diselesaikan," katanya.
Kesemua suspek terbabit yang positif dadah jenis syabu mempunyai rekod lampau seperti pecah rumah, curi kenderaan serta dadah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/geng-gagak-rimba-tumpas-1.380284#sthash.hjnwh3F5.dpuf

No comments:

Post a Comment