Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 28, 2016

Gadis dijual hanya dengan RM62 oleh keluarga


27 SEPTEMBER 2016
Culik

Culik Gambar hiasan
CHENNAI - INDIA. Seorang gadis 11 tahun yang melarikan diri dari rumah kelas pertengahan di mana dia terpaksa bekerja sebagai pembantu rumah di selatan India memberitahu penyiasat dia disuruh berhenti sekolah dan dijual dengan hanya $15 (RM62) oleh keluarganya.

Selepas dia melarikan diri dari rumah Tambaram berhampiran bandar pelabuhan Chennai, gadis itu memberitahu pegawai jawatankuasa kebajikan kanak-kanak dia dikerah untuk bekerja di dua rumah sepanjang masa, hanya diberikan sedikit makanan dan tidak dibayar atau dibenarkan meneruskan persekolahnnya.

"Dia memanjat dinding sekitar empat pagi dan meminta bantuan pengayuh beca untuk menyelamatkan diri.

"Gadis itu berada di rumah kanak-kanak. Siasatan awal menunjukkan dia telah dieksploitasi, kekurangan makanan dan tidak dibenarkan keluar," kata ahli jawatankuasa kebajikan kanak-kanak tempatan, Zaheeruddin Mohamed, dipetik Reuters.

Data jenayah yang dikeluarkan oleh kerajaan India pada Ogos menunjukkan lebih daripada 40 peratus daripada kes penyeludupan manusia pada tahun 2015 melibatkan kanak-kanak dibeli, dijual dan diekspolotasi sebagai hamba zaman moden.

Angka menunjukkan peningkatan 25 peratus dalam kes-kes pemerdangan orang di India pada tahun 2015 dengan 43 peratus daripada 9,127 mangsa dibawah umur 18 tahun.

Jenayah termasuk mendorong gadis muda dengan niat untuk seks, membeli atau menjual  wanita untuk pelacuran, dan menjaga kanak-kanak sebagai hamba.

Dalam kenyataan kepada jawatankuasa itu, gadis berusia 11 tahun itu berkata, dia tinggal dengan datuk dan nenek di kampung mereka di Thiruvarur Tamil Nadu, hampir 300 km dari lokasi dia telah dibawa untuk bekerja dan hanya belajar di gred tujuh.

Ibu bapa gadis itu turut mengabaikan kebajikannya.

"Gadis itu memberitahu, dia telah dijual kepada seorang kenalan ibunya yang menyuruhkan membuat kerja sebagai pembantu rumah di rumahnya serta rumah mertuanya," kata Zaheeruddin.

Individu yang 'membeli' gadis itu mengendalikan agensi pelancongan dan mendaftarkan kanak-kanak itu sebagai hilang selepas dia melarikan diri.

Jawatankuasa itu berkata, mereka akan memfailkan aduan rasmi kepada polis terhadap individu bertanggungjawab.

"Gadis itu menjadi murung apabila disebut mengenai individu yang membelinya itu dan berasa sangat takut," katanya.

Menurut kenyataan yang dirakamkan, gadis itu telah dijual dengan hanya $15 (RM62).

No comments:

Post a Comment