Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2016

Empat terbunuh helikopter terhempas di Slovakia


08 September 2016 4:15 PM
HELIKOPTER milik syarikat perkhidmatan menyelamat persendirian,


HELIKOPTER milik syarikat perkhidmatan menyelamat persendirian, Air-Transport Europe yang dipercayai terhempas di tengah Slovakia kelmarin. (GAMBAR HIASAN).-AGENSI
BRATISLAVA 8 Sept. - Tiga anggota penyelamat dan seorang pesakit terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas di tengah Slovakia semalam.
Seorang jurucakap perkhidmatan menyelamat persendirian yang dikenali sebagai Air-Transport Europe berkata, keempat-empat mayat itu dijumpai pagi ini waktu tempatan di Strelniky, sebuah kawasan pergunungan berhampiran Banska Bystrica, kira-kira 240 kilometer dari ibu negara Slovakia itu.
Jurucakap itu bagaimanapun tidak memperincikan punca nahas udara tersebut. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/empat-terbunuh-helikopter-terhempas-di-slovakia-1.380320#sthash.g20mkpCt.dpuf

No comments:

Post a Comment