Search This Blog

Sunday, September 4, 2016

Empat ditikam dengan pisau pemotong daging


4 SEPTEMBER 2016
Empat ditikam dengan pisau pemotong daging

Empat ditikam dengan pisau pemotong daging Valdamar dikesan menyerang orang awam dengan menggunakan pisau pemotong daging.
BERISSO - ARGENTINA – Seorang lelaki bertindak ganas apabila menyerang empat orang awam secara rawak dengan menggunakan pisau pemotong daging sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa terlibat.

Difahamkan, kejadian menakutkan tersebut berlaku kira-kira 10:00 pagi semalam waktu tempatan di Berisso berhampiran dengan La Plata.

Menerusi klip rakaman CCTV, suspek berkenaan yang dikenali sebagai Nicolas Valdemar , 26, dilihat menikam seorang wanita secara rawak dan meninggalkannya seorang diri.

Selepas itu, Veldemar dilihat menaiki motosikal dan turut melancarkan serangan bagi menakutkan seorang pesara berusia 89 tahun yang ketika itu baru sahaja keluar dari sebuah kedai.

Bagaimanapun, seorang wanita berusia 54 tahun bergegas keluar dari sebuah kedai kek untuk membantu pesara terbabit namun Valdemar bertindak ganas dan turut menikam wanita berkenaan sebanyak 20 kali.

Seorang pemandu teksi kemudiannya membunyikan hon kenderaannya dan menjerit kepada penyerang berkenaan selepas melihat aksi ganas itu bagi menghentikan tindakan tersebut.

Namun suspek terbabit kemudiannya bertindak untuk menikam pemandu teksi berkenaan melalui tingkap.

Pemandu teksi berkenaan lantas menghubungi rakannya melalui radio teksi bagi meminta pertolongan dan suspek serangan rawak terbabit berjaya ditahan selepas itu.

Dalam pada itu, tiada mangsa dilaporkan maut ketika kejadian berkenaan malah tiga daripada empat individu yang berada dalam keadaan serius sebelum ini dilaporkan semakin stabil.

Selain itu, rakaman CCTV berkenaan turut menunjukkan suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah atau mengalami masalah psikologi dengan menyasarkan mangsa secara rawak.- Daily Mail

No comments:

Post a Comment