Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Ekstasi 2.6 Kg dalam beg


 
DADAH yang dirampas. FOTO ihsan 
Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Senai: Polis menahan dua rakan selepas menjumpai 2.3 kilogram ekstasi dalam bagasi mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) Johor, hari ini.

Dalam kejadian 8.50 pagi itu, suspek lelaki dan wanita yang kedua-duanya berusia 40 tahun ditahan dua anggota polis bantuan LTAS yang mengesan bungkusan mencurigakan dalam bagasi suspek ketika melalui mesin pengimbas.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, sejurus mengesan kehadiran bungkusan mencurigakan itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan jenayah Narkotik Daerah Kulai bersama pasukan polis bantuan itu bertindak menahan kedua-dua suspek untuk pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai 2.3 kilogram ekstasi dalam bentuk pil dan serbuk membabitkan nilai rampasan dadah RM470,400.

"Sebuah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta LTAS turut dirampas," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berasal dari Sarawak itu mengambil penerbangan dari Johor Bahru ke Sibu yang dijadualkan pada 9.30 pagi.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 7:42 PM

No comments:

Post a Comment