Search This Blog

Loading...

Friday, September 2, 2016

Dua rumah kedai hangus




DUA rumah kedai musnah dalam kebakaran. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu: Dua unit rumah kedai membabitkan kedai makan dan bengkel kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Panji, hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 5.30 petang itu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang sebelum empat jentera bersama 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian bahagian atas rumah kedai itu sudah 100 peratus terbakar.

"Kita ambil masa lima minit untuk kawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dan api dipadamkan sepenuhnya pada 6.37 petang.

"Kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 8:06 PM

No comments:

Post a Comment