Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2016

Dua pemuda didakwa bunuh calon SPM di Alor Gajah






Anggota polis membawa Mohd. Afandi (kanan) dan Muhammad Aqil Ikram (tengah) keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah semalam selepas didakwa membunuh seorang calon SPM.

ALOR GAJAH – Dua lelaki berdepan hukuman mati selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru di sini pada Ogos lalu.

Tertuduh, Mohd. Afandi A. Aziz, 42, yang bekerja sebagai pemandu lori dan Muhammad Aqil Ikram Zamri, 18, seorang pekerja kilang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ke­dua-dua tertuduh tersebut.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama membunuh pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah, Mohd. Shahrul Asri Rosainif, 17, di tepi jalan Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru di sini pada pukul 11 malam, 19 Ogos lalu.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4JiBRiTOW
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment