Search This Blog

Loading...

Sunday, September 11, 2016

Dua maut, nahas lima kenderaan

JENAYAH SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 6:12 PM

Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my


Kemalangan di Kilometer 62, Jalan Sri Aman-Sarikei, tengah hari tadi, yang membabitkan lima kenderaan dan meragut dua nyawa, termasuk seorang anggota polis.

BETONG: Dua orang, termasuk seorang anggota polis, maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 62, Jalan Sri Aman-Sarikei, di sini, hari ini. Kemalangan berlaku pada jam 12.51 tengah hari berdekatan Rumah Panjang Entaban.

Anggota polis terbabit, Joe Garyson Bekeng, 31, yang menaiki kereta PERODUA Alza berwarna putih dan seorang mangsa yang menaiki van Toyota Hiace, Afian Rajuli, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata selain dua kenderaan itu, tiga kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu iaitu PERODUA Alza berwarna biru, lori tangki dan PERODUA Viva.

"Berdasarkan laporan di tempat kejadian, lori tangki membawa gas cecair asli (LPG) dari arah Sri Aman hilang kawalan ketika menuruni bukit berselekoh dan terbabas ke laluan bertentangan serta melanggar van Toyota Hiace, lalu berpusing dan melanggar kenderaan PERODUA Alza berwarna biru.

 "Selepas itu, sebuah PERODUA Viva pula melanggar belakang PERODUA Alza terbabit.

Kemudian, lori tangki pula merempuh kenderaan kedua iaitu sebuah lagi PERODUA Alza yang berada di laluan Betong ke Sri Aman," katanya. Farhan berkata, kemalangan itu menyebabkan kesesakan lebih tiga kilometer di kedua-dua arah.


"Lapan lagi mangsa yang terbabit dalam kejadian itu selamat dengan hanya seorang mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu lori tiada di lokasi ketika anggota bomba tiba," katanya.
Kemalangan di Kilometer 62, Jalan Sri Aman-Sarikei, tengah hari tadi, yang membabitkan lima kenderaan dan meragut dua nyawa, termasuk seorang anggota polis. Kemalangan di Kilometer 62, Jalan Sri Aman-Sarikei, tengah hari tadi, yang membabitkan lima kenderaan dan meragut dua nyawa, termasuk seorang anggota polis. «»  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191600

No comments:

Post a Comment