Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Dua maut kemalangan di Rembau





10/09/2016 1:26pm

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN

Keadaan dua buah kenderaan yang remuk setelah terbabit dalam kemalangan malam tadi

REMBAU - Dua lelaki maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 2 Jalan Kampung Batu-Kampung Miku di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, mangsa, Kamarulfaiz Abd. Razak, 35, dan Ng Choon Poh, 55, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian tubuh.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, nahas melibatkan treler jenis Scania dan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.

"Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan berat dipandu Kamarulfaiz dipercayai bertembung dengan Toyota Hilux dari arah bertentangan.

"Kedua-dua pemandu maut di tempat kejadian. Mayat mereka telah dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz4JqBZawtk
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment