Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Dua maut, bas rempuh masjid



KEADAAN masjid yang dirempuh bas di kampung Asam Jawa di Labuhanbatu Selatan di Sumatera Utara kelmarin. - Jakarta Post

Medan: Dua orang terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah masjid di Kampung Asam Jawa di Labuhanbatu Selatan dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.20 petang (waktu tempatan) itu bas berkenaan dalam perjalanan dari Pekanbaru di Riau menuju Medan di Sumatera Utara.

Jurucakap polis berkata, bas berkenaan dipercayai dipandu laju dan cuba mengelak bertembung dengan lori dari arah bertentangan sebelum terbabas.

“Pemandu bas hilang kawalan menyebabkan kenderaannya melanggar masjid di tepi jalan.

“Kemalangan ini menyebabkan dua penumpang maut dan berpuluh lagi cedera,” katanya.

Ujarnya, ketika kejadian tiada jemaah di dalam masjid yang rosak teruk di bahagian depan akibat rempuhan bas berkenaan.

“Semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Kota Pinang dan mereka dilaporkan stabil.

“Kami turut menahan pemandu bas untuk siasatan lanjut,” jelasnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 8:17 AM

No comments:

Post a Comment