Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Dua hari mereput dalam Sungai Klang





10/09/2016 2:11pm

Oleh KAMARIAH KHALIDI

Mayat yang hampir reput itu turut mempunyai kesan darah pada mulut dan hidung

KUALA LUMPUR - Satu mayat lelaki yang telah membengkak dan hampir reput ditemui dalam Sungai Klang berhampiran Taman Angkasa, Batu 6 1/2 Jalan Puchong dekat sini pagi tadi.

Mangsa dipercayai seorang rakyat tempatan berbangsa India itu ditemui dalam keadaan terlangkup dan tersangkut pada batu di sungai tersebut oleh orang awam kira-kira pukul 7.16 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, sepasukan forensik dikerahkan ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit telah bengkak dan berbau disyaki berada dalam sungai berkenaan sejak dua hari lalu.

“Ketika ditemui, mayat yang hampir reput itu turut mempunyai kesan darah pada mulut dan hidung.

“Bagaimanapun tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa yang lengkap memakai sehelai baju T dan seluar jeans biru serta bertali pinggang hitam itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz4JqBNXx25
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment