Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Doktor, atendan rogol pesakit ditahan

SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 12:51 AM

 HOSPITAL Apollo.

NEW DELHI: Seorang doktor dan atendan sebuah hospital ditahan kerana disyaki merogol seorang pesakit wanita yang sedang dirawat di barat India, kata polis hari ini.

Kedua-dua kakitangan hospital itu ditahan kelmarin selepas mangsa yang dirawat kerana demam denggi, mengadu dia diberi dadah dan dirogol sebanyak dua kali pada hujung minggu lalu.

 Remaja berusia 19 tahun itu yang tidak didedahkan identitinya, sudah dipindahkan ke wad unit rawatan rapi Hospital Apollo di Gujarat. Ketua Polis Gandhinagar, Virendra Yadav, berkata laporan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan pengecaman dua suspek sudah dilakukan.

 "Mereka ketika ini berada dalam tahanan polis. Kami juga sudah menghantar sampel darah suspek untuk ujian forensik dan penilaian rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Pihak pengurusan hospital berkenaan menyatakan mereka turut membantu polis.

Malah hospital itu, dalam satu kenyataan, mengesahkan wad tempat kejadian berlaku mempunyai 14 kakitangan bertugas setiap waktu dan dilengkapi dengan kamera CCTV. Kes rogol membabitkan pesakit di hospital India bukan kali pertama berlaku.

Seorang remaja yang dirawat di sebuah hospital kerajaan dekat Jharkhand, pernah dirogol pengawal keselamatan. Menurut laporan terkini Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India, lebih daripada 34,000 kes rogol dilaporkan pada 2015 tetapi kebanyakannya tidak dilaporkan dan pihak berkuasa yakin angka sebenar lebih tinggi. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191422

No comments:

Post a Comment