Search This Blog

Loading...

Thursday, September 8, 2016

Dipukau keluarkan duit RM30,000





Oleh IKHWAN IDERIS

Azizan (kiri) menunjukkan resit nombor ekor dan cek palsu yang digunakan oleh dua lelaki yang cuba menipu warga emas di Temerloh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang warga emas hampir kehilangan wang RM30,000 kononnya dipukau selepas disapa dua orang lelaki yang juga bekas banduan dalam satu kejadian di Temerloh pada Isnin lalu.

Difahamkan mangsa yang merupakan seorang pesara tukang kebun sekolah berusia 82 tahun sedang dalam proses untuk mengeluarkan wang simpanannya di sebuah bank tetapi sempat ditahan oleh anaknya yang menye­dari kejadian tersebut.

Dua suspek terbabit dengan salah seorangnya warga Indonesia yang sedang menanti di luar kawasan parkir bank berkenaan turut berjaya dicekup polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Azizan Md. Isa berkata, kejadian tersebut yang diviralkan di laman sosial Facebook sebenarnya merupakan salah satu daripada kes penipuan melibatkan nombor ekor yang semakin berleluasa di negeri ini.

Jelasnya, suspek yang merupakan warga Indonesia berusia 49 tahun dan warga tempatan berusia 58 tahun telah direman selama tiga hari berakhir hari ini dan kedua-dua mereka juga merupakan bekas banduan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4JbvXEipL
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment