Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Curi barangan antik dan hidup mewah


07 September 2016 12:07 AM



PARIS 6 Sept. - Seramai 35 pekerja sebuah hotel berprestij menjual dan melelong barangan antik, Hotel Drout di penjara kerana kesalahan mencuri barang-barang antik dan karya seni tidak ternilai oleh Mahkamah Tinggi Paris di sini hari ini.
Rata-rata pekerja itu telah menjual pelbagai barangan antik termasuk barang-barang kemas termasuk sebuah lukisan Chagall dan barangan dinasti Ming kepada pembeli dengan harga tinggi.
Mereka dijatuhi hukuman penjara sehingga 18 bulan dan denda sebanyak AS$28,000 (RM114,000) setiap seorang selain daripada di gantung kerja sehingga 18 bulan.
Ada juga beberapa bekas pekerja itu mampu hidup mewah hasil jualan barangan curi itu sehingga memiliki kereta mewah seperti BMW dan Porshe 911 selain salah seorangnya juga telah membeli sebuah bar mewah. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/curi-barangan-antik-dan-hidup-mewah-1.379306#sthash.hgi6orPm.dpuf

No comments:

Post a Comment