Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 28, 2016

Cubaan seludup 8 kg syabu bernilai RM1.2 juta tumpas


SHAFIQ TINO
28 SEPTEMBER 2016

Cubaan seludup 8 kg syabu bernilai RM1.2 juta tumpas

JOHOR BAHRU - Cubaan seorang pekerja pusat hiburan bersama abang iparnya warga Indonesia menyeludup lapan kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1.2 juta tidak berhasil apabila ditahan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di Perairan Kukup, Pontian dekat sini petang semalam.

Lebih licik usaha dua lelaki masing-masingnya berusia 23 dan 35 tahun itu untuk mengaburi pihak berkuasa dengan menyembunyikan dadah berkenaan dalam pek minuman dan makanan segera tidak berhasil selepas diberkas pihak PPMW2 kira-kira jam 4.15 petang.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin berkata, dadah berkenaan disyaki cuba dibawa ke Indonesia untuk dipasarkan untuk kegunaan penagih di negara jirannya.

"Hasil siasatan awal mendapati, dadah ini cukup untuk menampung kegunaan lebih 40,000 orang penagih pada sesuatu masa," katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment