Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Cubaan samun pengurus restoran gagal


MOHAMAD FAIZAL HASHIM  |  06 September 2016 11:32 PM

JOHOR BAHRU 6 Sept. _ Cubaan seorang lelaki untuk menyamun seorang pengurus restoran di hadapan sebuah bank di Taman Perling, di sini hari ini gagal selepas dia diberkas polis tidak jauh dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, tindakan pantas sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan sempat menangkap suspek.
MOHD. TAIB AHMAD
MOHD. TAIB AHMAD

Katanya, dengan tertangkapnya suspek polis berjaya merampas lebih RM1,000 wang tunai dan kad pengeluaran wang automatik (ATM) yang disamun, selain sebatang besi yang dipercayai digunakan lelaki tersebut.
“Kami difahamkan mangsa diekori suspek berusia 30 tahun itu, sebelum dia bertindak menyerang mangsa dengan memukulnya di bahagian belakang kepala menggunakan sebatang besi pembuka tayar.
“Suspek kemudian bertindak merampas wang tunai dan kad ATM milik mangsa yang sedang terjatuh sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd. Taib berkata, mangsa yang dikenali sebagai Ho, 54, mengalami kecederaan parah pada bahagian belakang kepala dan kini dilaporkan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut dalam kereta suspek menemukan sebuah beg yang mengandungi sepeket dadah jenis ketamin dan dua pil erimin 5. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/cubaan-samun-pengurus-restoran-gagal-1.379293#sthash.seCVgQ2O.dpuf

No comments:

Post a Comment