Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Cedera tersepit nahas enam kenderaan




KEADAAN satu daripada enam kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Gopeng: Lelaki cedera tersepit dalam kemalangan enam kenderaan di Kilometer 293 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 7.22 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggotanya ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan enam kenderaan yang berlanggar belakang antara satu sama lain.

"Sebaik tiba di lokasi pihak kami mendapati seorang lelaki tersepit dalam kereta yang terbabit dalam kemalangan itu.

"Kenderaan mangsa adalah kenderaan yang dibaris ketiga dalam kemalangan itu dan pemeriksaan mendapati mangsa cedera, manakala mangsa di dalam lima lagi kenderaan lain terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi menggeluarkan mangsa diketuai Pegawai Bomba Anuar Saharuddin dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa yang dikeluarkan kemudian dihantar ke hospital menaiki jentera Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS).

Katanya, operasi yang turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai itu tamat pada 7.45 pagi.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 2:50 PM

No comments:

Post a Comment