Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Cedera kemalangan empat kenderaan




KERETA yang terjunam ke dalam parit selepas terbabit dengan kemalangan. FOTO Shazreen Zamzuri

Siraj Mohd Zaini
siraj@hmetro.com.my


Shah Alam: Penunggang motosikal lelaki patah peha kiri manakala pembonceng wanita mengalami pendarahan dalam kepala selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan tiga kereta di Persiaran Sultan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, Myvi dari arah Bulatan Setiajaya dipercayai melanggar tayar belakang Vios yang dalam perjalanan dari bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, akibat perlanggaran itu, pemandu Vios hilang kawalan lalu melanggar Proton Saga dan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa yang berada di sebelah Vios berkenaan.

"Menerusi perbualan ringkas dengan mangsa yang menunggang motosikal, Myvi terbabit melambung ke dalam parit selepas bertembung dengan Vios dan turut menyebabkan mereka tercampak ke taman rekreasi bersebelahan bulatan berkenaan.

"Semua mangsa termasuk pemandu kenderaan yang mengalami cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan susulan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 9:55 AM

No comments:

Post a Comment