Search This Blog

Loading...

Friday, September 2, 2016

Budak 11 tahun ditemui lemas




Mayat Wan Abu Hurairah ditemui 3 petang tadi. FOTO Ramli Ibrahim

Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my


Gua Musang: Budak lelaki berusia 11 tahun yang hilang selepas ke Sungai Galas dekat Kampung Lembaga, di sini, kelmarin ditemui lemas di Lubuk Pak Ya, Kampung Batu Enam, 3 petang tadi.

Mayat Wan Abu Hurairah Wan Mohd Salam ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan penemuan itu.

"Mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan bengkak oleh penduduk kampung yang membantu operasi mencari yang dimulakan sejak pagi semalam.

"Ia ditemui lapan kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hanyut dibawa arus," katanya di sini, hari ini.

Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditutup kira-kira 4 petang dan mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.

Semalam, Wan Abu Hurairah dilapor ke sungai itu bersama enam lagi rakan, kira-kira 11.30 pagi Rabu dan hilang ketika cuba membantu seorang rakannya yang hampir lemas.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 5:42 PM

No comments:

Post a Comment