Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

Bayi lelaki bertali pusat ditemui dalam longkang

SABTU, 3 SEPTEMBER 2016 @ 5:00 PM

 Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my

BAYI lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan bogel dalam longkang berhadapan sebuah rumah di Jinjang Selatan Tambahan pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan bogel dalam longkang berhadapan sebuah rumah di Jinjang Selatan Tambahan di sini, pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui seorang remaja berusia 16 tahun pada jam 10.58 pagi, selepas curiga apabila anjing peliharaannya menyalak sebelum menemui bayi terbabit di dalam kotak, kira-kira 10 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata bayi itu menangis kelaparan ketika ditemui dan remaja berkenaan menghubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan.

 "Remaja itu curiga apabila anjingnya tidak berhenti menyalak, lalu keluar memeriksa tetapi tidak menemui apa-apa.

 "Dia kemudian mengikut anjingnya ke longkang di hadapan rumah sebelum menemui bayi yang masih bertali pusat tanpa seurat benang dalam sebuah kotak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Munusamy berkata, pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan kini berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Selayang untuk pemeriksaan serta rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau talian 03-40400781 / 03-40400782 bagi membantu siasatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189414

No comments:

Post a Comment