Search This Blog

Loading...

Tuesday, September 6, 2016

Bayi 11 bulan 
diculik, dirogol


Mangsa hilang ketika tidur dengan ibu
06 September 2016 12:12 AM
Bayi yang diculik dan dirogol itu dilapor masih berada dalam keadaan

Bayi yang diculik dan dirogol itu dilapor masih berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi. AGensi
NEW DEHLI 5 Sept. - Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan diperlakukan seperti binatang oleh seorang jiran lelakinya yang bertindak menculik sebelum merogolnya selama lebih dua jam dalam sebuah kawasan semak di Vikaspuri, New Dehli, India, Jumaat lalu.
Insiden menyayat hati itu berlaku ketika ibunya sedang nyenyak tidur di sebuah penempatan perlindungan sementara dalam kompleks perumahan polis.
Kejadian tersebut hanya di­sedari selepas sejam mangsa diculik.
Portal metro.co.uk melaporkan, ibu mangsa panik apabila mendapati bayinya hilang sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.
Dengan menggunakan unit anjing pengesan, pihak polis berjaya menjejaki bayi tersebut yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sebuah longkang dengan kemaluannya me­ngalami pendarahan teruk.
Perogol tersebut berjaya dijejaki selepas telefon bimbitnya tercicir di lokasi kejadian.
Dia yang juga pekerja binaan mengaku melakukan jenayah tersebut dan ditahan di Penjara Tihar.
Bapa bayi yang enggan dikenali itu berkata, keluarganya masih dalam terkejut melihat keadaan anak mereka yang masih kritikal.
“Saya hilang kata-kata. Bagaimanana seseorang boleh melakukan sedemikian rupa terhadap bayi kecil se­perti ini? Saya hiba melihat darah, kesan cakaran dan baju anak saya yang koyak rabak,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-11-bulan-8232-diculik-dirogol-1.379068#sthash.S7uWXQfW.dpuf

No comments:

Post a Comment