Search This Blog

Loading...

Sunday, September 11, 2016

Bas ekspress terbabas, 27 penumpang selamat


HAMIZAH BASIR
10 SEPTEMBER 2016
Bas ekspress terbabas, 27 penumpang selamat

Bas ekspress terbabas, 27 penumpang selamat Bas ekspres terbabas ke tebing jalan lalu melanggar pokok di Kilometer 228 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah selatan, berhampiran Tol Pedas-Linggi, di sini, petang tadi. - Foto Bomba dan Penyelamat
SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Seramai 27 penumpang bas ekpress terselamat selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di Kilometer 228 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah selatan, berhampiran Tol Pedas-Linggi, di sini, petang tadi.

Bas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Johor itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan sebelum ke tebing gaung.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Pegawai Bomba Kanan II, Mazoraanim Abdul Hamid, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.13 petang.

"Sebuah jentera bersama empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 4.49 petang.

"Sebaik tiba, kelihatan semua penumpang telah keluar dari bas melalui pintu kecemasan bas dibahagian belakang," katanya di sini.

Menurutnya, pemandu bas dan semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Semasa bas menggelongsor ke tebing gaung, bas telah melanggar sebatang pokok dan menyebabkannya tersekat dari jatuh ke dalam gaung.

"Pemandu dan penumpang semua selamat.  Bas gantian turut disediakan bas ekpres dan ada juga mangsa pulang menaiki kereta rakan-rakan dan saudara- mara," katanya.

Katanya, punca kemalangan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment