Search This Blog

Loading...

Thursday, September 8, 2016

Banjir di Korea Utara ragut 60 nyawa





PYONGYANG – Banjir akibat hujan lebat di Korea Utara mengorbankan 60 orang dan menyebabkan lebih 44,000 penduduk hilang tempat tinggal, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Korea Utara menyatakan bahawa Sungai Tumen yang mengalir di sempadan China dan Rusia me­ngalami banjir paling buruk berikutan hujan lebat selama empat hari. Kawasan sekitarnya termasuk Musan dan Hoeryong terjejas teruk dengan 60 orang maut dan lima peratus penduduknya hilang tempat tinggal, kata Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB berdasarkan maklumat Pyongyang.

Banjir itu memusnahkan atau merosakkan hampir 9,000 bangunan, manakala tanah pertanian seluas 10,000 hektar juga ditenggelami air. Media rasmi Korea Utara melaporkan pada Jumaat lalu bahawa seramai 15 orang hilang dan lebih 17,000 rumah musnah atau rosak.

Korea Utara kerap mengalami bencana alam terutamanya banjir. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4JcOrWgVA
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment