Search This Blog

Loading...

Sunday, September 11, 2016

Bakar adik hidup-hidup



ARCHER

Agensi
Manchester: Seorang lelaki membakar adik perempuannya hidup-hidup dengan menuangkan campuran petrol dan cecair mineral sebelum menyalakan pemetik api kerana berang.

Julie Archer, 49, mati akibat kecederaan teruk dialaminya akibat perbuatan abangnya Stephen, 50, di kediaman mereka di Newton Heath, Manchester.

Mahkamah Crown Manchester diberitahu, Archer pulang ke rumah itu pada 29 Februari lalu membawa botol minuman ringan yang mengandungi cecair mudah bakar itu.

Pendakwa, Mark Kellett berhujah, Julie disimbah cecair berkenaan ketika duduk di atas sofa di ruang tamu sebelum Archer membakarnya.

“Perbuatannya memang berniat membunuh atau sekurang-kurangnya mengakibatkan kecederaan teruk terhadap adiknya,” kata Kellett.

Sementara itu, anak Julie, Quibilah Archer-Cunningham, 19, berkata, ketika kejadian dia di dalam biliknya di tingkat atas dan terdengar bunyi letupan kuat dan gegaran seperti gempa bumi.

Jirannya juga menggambarkan keadaan itu seperti babak filem seram apabila melihat Julie meluru keluar dengan kesan lecuran teruk.

Quibilah yang terperangkap di dalam biliknya kemudian nekad terjun dari tingkap dan mengalami kecederaan ringan.

Julie dilaporkan memberitahu paramedik bahawa abangnya yang bertanggungjawab mencederakannya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:12 AM

No comments:

Post a Comment