Search This Blog

Loading...

Monday, September 19, 2016

Ayah pukul anak hingga maut dengan kayu besbol


19 SEPTEMBER 2016
Ayah balun anak hingga maut dengan kayu besbol

Ayah balun anak hingga maut dengan kayu besbol Ryan Lawrence dan Maddox (kiri).
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki mengaku membunuh bayi perempuannya dengan kayu besbol kerana cemburu dengan perhatian yang diberikan terhadap anaknya.

Menurut laporan The Sun, Ryan Lawrence, 25, juga mengaku membakar mayat anaknya dan membuangnya ke sebuah sungai pada 20 Februari lepas.

Mahkamah diberitahu semalam bahawa Ryan cemburu terhadap perhatian yang diberikan terhadap Maddox yang berusia 21 bulan selepas si kecil bekenaan berjaya menewaskan sakit kanser.

Mayat Maddox ditemui 36 jam selepas mangsa dilaporkan hilang oleh ibunya, Morgan Lawrence.

Ryan kini berhadapan dengan hukuman penjara 25 tahun.

No comments:

Post a Comment