Search This Blog

Loading...

Thursday, September 8, 2016

Anggota polis pukul guru direman empat hari


08 September 2016 1:20 AM
suspek dibawa keluar dari bangunan Mahkamah Majistret Pengkalan

suspek dibawa keluar dari bangunan Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu di Gerik, Perak, semalam.
GERIK 7 Sept. – Seorang anggota polis yang disyaki mencederakan seorang guru sekolah rendah di Lenggong dekat sini pada 30 Ogos lalu hari ini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.
Suspek berpangkat konstabel berusia 32 tahun ditahan bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadapnya mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Perintah tahanan reman selama empat hari sehingga 10 September ini, dikeluarkan Majistret Nasrul Hadi Abdul Ghani dalam prosiding di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu dekat sini hari ini.
Perintah itu dikeluarkan oleh Nasrul Hadi mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ter­hadap anggota polis itu yang ditahan semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, guru berkenaan diberi cuti sakit selama tiga minggu dan telah pulang ke kampungnya di Kota Bharu, Kelantan untuk berehat.
Tambah Muhammad Amin, mangsa dicederakan selepas dia disangka menaiki motor curi dan tindakannya yang enggan memberhentikan kenderaan tersebut apabila diminta pihak polis.
“Ketika itu mangsa baru selesai mengajar tuisyen di sekolahnya pa­da kira-kira pukul 6.30 petang dan sebaik sahaja masuk ke jalan besar, dia yang menaiki sebuah motosikal dikejar dan ditahan polis kerana disyaki menaiki motor curi.
“Guru berkenaan tidak memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kerana tidak tahu yang mengekorinya polis serta bimbang dirompak,” katanya.
Muhammad Amin berkata, mangsa kemudiannya ditahan dan berlaku pergelutan menyebabkan dia cedera.
Tambah beliau, guru besar sekolah tempat mangsa tersebut bertugas kemudian pergi ke Balai Polis Lenggong dan hasil kenyataan yang diberi menunjukkan polis telah salah tangkap.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan melengkapkan siasatan kes itu segera sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/anggota-polis-pukul-guru-direman-empat-hari-1.379925#sthash.8EVcCKkt.dpuf

No comments:

Post a Comment