Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2016

Amah didakwa dagangkan anak





Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA


JOHOR BAHRU – Seorang ibu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memperdagangkan anak perem­puannya berusia 14 tahun untuk dijadikan hamba seks pada tahun lalu.

Tertuduh (gambar) yang berusia 47 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, wanita berkenaan didakwa memperdagangkan seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak bongsunya berusia 14 tahun bagi maksud mengeksploitasi seks.

Tertuduh yang berasal dari Kuching, Sarawak dan bekerja sebagai pembantu rumah di Australia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 9 pagi di sebuah hotel di Jalan Tebrau di sini pada 20 September tahun lalu.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4JiBbzF52
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment