Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

Ajal 4 remaja




Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang maut di Pasir Mas, semalam. FOTO ihsan pembaca

Siti Rohana Idris dan Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my

Pasir Mas: Empat remaja maut dalam kemalangan berasingan di Kampung Belukar, di sini, dan di Kilometer 1, Jalan Bendang Morak ke Kok Pasir, Tumpat, semalam.

Dalam kejadian pertama pada 6.45 petang di sini, mangsa, Mohd Shahrul Nizam Mohd Zain, 15, dari Kampung Slow Machang, di sini dan Mohd Amirul Irwan Mezah, 19, dari Kampung Geting, Tumpat meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal ditunggang dari arah bertentangan itu bertembung di tengah jalan.

Ketua Bahagian Trafik Daerah Pasir Mas Asisten Superintendan Kheng Siong Lye mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengakutan Jalan (APJ) 1987," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu dalam kejadian kedua pada 8 malam di Tumpat, Muhamad Haiqal Erfan Bin Zainuddin, 17, dan Ahmad Zikrillah Bin Mohd Zabidi, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan lain.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, kemalangan berlaku ketika seorang mangsa datang dari arah Bendang Morak menghala ke Kok Pasir manakala seorang lagi dari arah bertentangan.

"Kedua-dua motosikal itu dipercayai ditunggang dengan laju sebelum hilang kawalan dan bertembung sesama sendiri

"Rempuhan yang kuat itu menyebabkan mereka maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 2:30 PM

No comments:

Post a Comment