Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2016

Ahli perniagaan rugi RM67,000 ditipu sindiket parcel scam


08 September 2016 3:01 PM
Candra


Candra
ACP M. Chandrasehkaran menunjukkan gambar dua suspek utama dikehendaki polis yang dipercayai sebagai orang tengah kes curi kereta iaitu Low Hui Chuong @ Bali (kiri) berasal dari Sibu dan Wong King Tung (kanan) dari Kota Kinabalu. - BERNAMA
KOTA KINABALU 8 Sept. - Seorang ahli perniagaan di sini mendakwa ditipu sindiket ‘parcel scam' yang didalangi rakyat asing menyebabkan dia kerugian RM67,000.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, lelaki berusia 50-an itu mendakwa berkenalan dengan seorang kawan menerusi laman sosial Facebook yang mengarahkan dia untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank tempatan bagi membolehkan dia menuntut barangan pemberian individu terbabit.
Katanya, lelaki berkenaan mengenali suspek terbabit beberapa bulan sebelum ini dan memasukkan wang berkenaan secara berperingkat pada 25 Ogos lepas, selepas mendapat panggilan daripada anggota sindiket terbabit bagi mendapatkan barangan yang dihantar kepadanya.
"Seseorang yang mendakwa dari sebuah jabatan kerajaan memberitahu mangsa yang dia perlu membayar sejumlah wang jika hendak mendapatkan bungkusan hadiah mengandungi wang tunai dan beberapa lagi barangan berharga.
Mangsa yang mahukan hadiah itu kemudiannya memasukkan RM67,000 menerusi dua transaksi ke dalam akuan milik orang tempatan sebelum menyedari dia ditipu dan membuat laporan polis pada 2 September lepas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, Chandra berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 86 kes penipuan 'parcel scam' dan 'love scam' membababitkan kerugian sebanyak RM3.1 juta sejak 2012.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 65 kes membabitkan 'Parcel scam' atau penipuan menghantar bungkusan yang didakwa mengandungi pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai, manakala 21 kes lagi membabitkan 'love scam'.
"Daripada 86 kes itu, sebanyak 80 kes membabitkan golongan wanita dan selebihnya adalah lelaki," katanya. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/ahli-perniagaan-rugi-rm67-000-ditipu-sindiket-i-parcel-scam-i-1.380295#sthash.l5n2ZV16.dpuf

No comments:

Post a Comment