Search This Blog

Loading...

Thursday, September 8, 2016

92,000 hilang tempat tinggal akibat banjir di Niger

DUNIA KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 8:39 AM


NIAMEY: Sekurang-kurangnya 38 maut dan lebuh 92,000 lagi kehilangan kediaman sejak Jun lalu dalam banjir dahsyat di Niger, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejabat bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB berkata, angka kematian, lebih banyak daripada angka diberikan kerajaan iaitu 14, berlaku akibat hujan lebat pada Ogos. Lebih 26,000 ternakan hilang dan lebih 9,000 rumah musnah, kata PBB, memetik angka diberikan kerajaan.

Pihak berkuasa dan NGO sudah memberikan bantuan kepada lebih 50,000 penduduk, tambah PBB, dengan ramai daripada mangsa berlindung di sekolah dan bangunan awam.

 Walaupun berada di tengah padang pasir, Agadez di utara dan Tahoua di barat adalah antara wilayah paling teruk terjejas, selain Maradi di selatan. Niger berhadapan musim hujan tahunan, terpaksa bergelut mengatasi krisis makanan meruncing disebabkan kemarau.

Antara negara termiskin dunia, pihak berkuasa Niger juga berhadapan dengan 300,000 pelarian dan penduduk yang melarikan diri daripada pemberontakan Boko Haram di tenggara Niger dan di negara jirannya, Nigeria. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190792

No comments:

Post a Comment