Search This Blog

Loading...

Friday, September 2, 2016

9 warga emas dimensia lemas




SEBUAH rumah hanyut dibawa arus sungai akibat Taufan Lionrock di Shimizu, wilayah Hokkaido. - AFP

Tokyo: Sekurang-kurangnya 11 orang ditemui mati semalam, kebanyakannya warga emas di sebuah pusat penjagaan orang tua, apabila hujan lebat susulan Taufan Lionrock menyebabkan bandar di utara Jepun banjir.

Menurut pegawai bahagian pengurusan bencana wilayah Iwate, Takehiro Hayashijiri, polis menemui sembilan mayat warga emas itu di bandar Iwaizumi.

Setakat ini, identiti dan butiran lain mangsa termasuk penjaga mereka tidak diketahui. Menurut badan penyiaran awam NHK, pusat penjagaan itu didiami pesakit yang mengalami dimensia.

Pihak berkuasa turut menemui dua mayat, masing-masing satu di bandar yang sama dan di Kuji, kata Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran.

Rakaman disiarkan NHK Jepun menunjukkan pusat penjagaan itu hampir separuh terbenam di dalam lumpur dan kawasan sekelilingnya dipenuhi sampah sarap yang dibawa arus sungai yang melimpah.

Kerajaan turut menghantar Pasukan Pertahanan Diri untuk membantu dalam usaha menyelamat dan pembersihan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 10:14 AM

No comments:

Post a Comment