Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

7 penyamun masuk pasar raya, larikan RM1.14 juta

AHAD, 4 SEPTEMBER 2016 @ 1:25 PM

Oleh Faizul Azlan Razak bhkt@bh.com.my

KUALA NERUS: Tujuh penjenayah bertopeng disyaki warga asing melarikan wang tunai RM1.14 juta daripada dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti wang tunai di sebuah pasar raya di Gong Badak, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, penjenayah terbabit menggunakan gas 'Ocy-Acetylere' untuk memecahkan dua mesin ATM, manakala tiga peti wang tunai dipecahkan menggunakan pemotong besi. Kehadiran kumpulan penjenayah berkenaan disedari seorang daripada empat pengawal keselamatan yang sedang bertugas ketika membuat rondaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata bagaimanapun empat pengawal keselamatan terbabit diikat sebelum diletakkan dalam sebuah stor berhampiran.

Beliau berkata, lima daripadanya masuk ke dalam pasar raya itu dan bertindak memecahkan dua mesin ATM menggunakan gas 'Ocy-Acetylere', manakala dua lagi menjaga empat pengawal keselamatan berkenaan. "Semua suspek memakai topeng bersenjatakan parang dan sepucuk pistol yang terselit pada pinggang seorang daripada suspek.

"Suspek berjaya keluar daripada pasar raya ini bersama wang tunai dianggarkan berjumlah RM1.14 juta kira-kira jam 6.30 pagi," katanya yang ditemui di lokasi kejadian tadi. Wan Abd Aziz berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189604

No comments:

Post a Comment