Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2016

4 pekerja pembinaan maut dihempap runtuhan stesen metro

KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 9:49 PM

ANGGOTA keselamatan menenangkan seorang pekerja yang tidak dapat menahan kesedihan berikutan kemalangan itu. - Foto AFP

TEHRAN: Sekurang-kurangnya empat pekerja pembinaan terbunuh dan 11 yang lain cedera apabila terowong stesen metro baharu dekat sini runtuh, lapor penyiar rasmi Iran, hari ini.

Menurut laporan penyiar, kejadian yang berlaku petang semalam membabitkan lapisan dinding konkrit terowong yang jatuh ke atas pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada pelarian Afghanistan.

 Timbalan Datuk Bandar Pengangkutan dan Trafik, Maziar Hosseini, berkata kemalangan itu berpunca daripada kecuaian manusia. Iran memulakan pembinaan sistem metro sejak 1977.

Revolusi Islam pada 1979 dan perang Iran-Iraq pada 1980-88 menyebabkan pembinaan tertangguh selama sedekad sebelum pembinaan disambung semula pada 1990-an. Tehran kini mempunyai sekitar 100 stesen metro dan kerja pembinaan kini berada pada peringkat keenam. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191005

No comments:

Post a Comment