Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 28, 2016

30 saat samun RM50,000




Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Seremban: Dua penjenayah mengambil masa kurang 30 saat menyamun kedai emas di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, sebelum melarikan barangan kemas bernilai RM50,000, hari ini.

Dalam kejadian 10.56 pagi itu, suspek yang memakai topi keledar dan berkaca mata hitam itu meluru masuk ke dalam premis berkenaan dengan senjata dipercayai pistol.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, suspek mengarahkan enam pekerja dan seorang pemilik kedai berdiam diri dan mengeluarkan dulang barang kemas.

"Suspek melarikan barang kemas dengan dulang berkenaan dan membuang dulang itu di tepi jalan berhampiran kedai emas berkenaan. Mereka dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal.

"Siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan. Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 7:25 PM

ANGGOTA polis forensik menyiasat tempat kejadian kes samun kedai emas. FOTO Hazreen Mohamad


No comments:

Post a Comment